Biarkan mereka terus menyalak bukit, bukit tidak akan runtuh - TMJ
Sebelum ini kecoh berkaitan isu video pelancaran jersi baru JDT. Ramai netizen yang memuji dan tidak kurangnya yang mengkritik video tersebut yang kononnya video tersebut diciplak dari video promo pasukan Brazil pada tahun 1998.
Berikutan dari kritikan itu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menjawab beberapa soalan berkaitan isu tersebut yang telah dimuat naik di laman facebook JOHOR Southern Tigers. Ikuti temubual bersama beliau.
S: Ampun Tunku, saya menjunjung kasih kerana meluangkan masa untuk sesi temubual ini, walaupun Tunku sepatutnya berehat ketika ini di Thailand. Tunku, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas gimik pelancaran jersi yang cukup menakjubkan baru-baru. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang mengatakan JDT meniru iklan Nike yang dibuat di Brazil pada tahun 1998. Apa pandangan Tunku mengenai isu ini?
J: Pertama sekali, saya memang mahukan pelancaran jersi yang menggunakan konsep video. Idea pertama adalah untuk membuat penggambaran di sebuah pulau di Johor yang menampilkan bot JDT. Malangnya, bot JDT itu sedang diservis dan tidak dapat digunakan. Pasukan produksi kemudiannya mencadangkan agar menukar ke lokasi yang lain iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dan saya bersetuju. Saya mahukan pelancaran jersi kami berbeza daripada yang pernah dilakukan sebelum ini yang mana pasukan- pasukan lain menggunakan pemain naik ke pentas di hotel atau pusat membeli-belah. Saya mahu pelancaran jersi JDT kali ini lebih gemilang. Malangnya, mentaliti masyarakat Malaysia kebiasaanya adalah lebih berminat untuk mencari kesalahan orang lain dan bukannya memberi kredit kepada mereka yang ingin berubah dan bergerak maju ke hadapan. Jika anda melihat perkembangan JDT tentang apa idea-idea yang telah diikuti oleh JDT terdapat beberapa lagi termasuklah seat bucket untuk bench player, yang saya ikut dari Sepanyol. Saya suka dengan idea meletakkan seat bucket kereta yang digunakan dalam stadium di Sepanyol dan saya juga mengikuti apa yang mereka lakukan di sana. Saya juga menyusun atur bilik persalinan sama seperti di tempat mereka. Jika anda melihat program pembangunan belia JDT, saya juga mengikuti kepakaran dari Jerman. Lihat juga bas kami, kami mengikuti reka bentuk AC Milan dan Juventus di mana mereka meletakkan logo mereka yang besar di belakang bas pasukan mereka. Semua ini adalah untuk kebaikan bola sepak tempatan. Saya akui bahawa saya telah banyak belajar dari semua negara-negara yang jauh di hadapan kita. Malangnya, apabila saya melihat orang-orang yang tidak senang dengan JDT, semua yang saya lakukan dipersoalkan, dikritik dan seolah-olah ianya satu isu yang sangat besar. Bagaimana anda langsung tidak bersuara apabila Terengganu meniru bilik persalinan kami? Anda tidak pula jadikan isu apabila pasukan mula meletakkan logo besar di belakang bas mereka. Pasukan lain juga meletakkan seat bucket di bangku pemain mereka seperti mana kami lakukan semenjak 2013. Saya juga mula menggunakan LED board dan kini beberapa pasukan juga mula meniru. Kami menjadi peneraju dalam tanahair, mengambil pelbagai idea dari banyak negara dan idea kami pula ditiru oleh banyak pasukan lain di sini. Dan sepanjang pengetahuan saya, harta intelek adalah seperti lirik, logo, rekagrafik dan muzik. Belum pernah saya dengar visual atau idea dihadkan oleh hakcipta. Semua ini tidak pula dijadikan isu. Mengapa? Jawapannya adalah mudah. Sesetengah orang cemburu dan iri hati kepada Johor semenjak kemerdekaan pada tahun 1957. Johor sentiasa menjadi moden dan unik berbanding dengan negeri lain di Tanah Melayu. Ini adalah hakikatnya sejak dahulu dan orang akan sentiasa cemburu dengan Johor. Tetapi apabila negara dalam kekacauan, anda mula mengusulkan kepada DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor untuk menyuarakannya kepada para pemimpin anda. Anda lupa apa yang anda telah lakukan adalah membuat Bangsa Johor, termasuk diri saya seolah-olah kami ini orang luar. Saya menggesa kerajaan agar benar-benar melihat situasi ini. Kerajaan benar-benar perlu untuk mengukuhkan pendirian mereka ke atas media dan media sosial dimana ia boleh menjadi satu platform untuk memecahbelahkan rakyat kerana bolasepak ini melibatkan masyarakat yang besar. Berbalik kepada isu bolasepak, tidak ada isu sebenarnya, saya rasa saya membawa banyak pembaharuan kepada bola sepak, anda boleh bertanya kepada pesaing saya, saya pasti mereka semua akan mengakuinya. Sekarang kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri tentang perkembangan bola sepak tempatan dan bukannya mencari kesalahan orang lain dan itulah sebabnya sangat sukar bagi negara ini untuk bergerak ke hadapan kerana mentaliti tempatan dan tahap pendidikan lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang remeh dan tidak berfaedah. Sedihnya, saya mempunyai ramai kawan dari pelbagai kaum, tetapi kaum saya sendiri yang mempersoalkan Institusi Diraja dan pasukan bola sepak, sedangkan saya tidak melihat kaum lain mengutuk perkara ini. Mereka lebih berusaha untuk mencari rezeki demi keluarga mereka, sedangkan kaum saya berusaha untuk membunuh sesama sendiri. Ini adalah kelemahan orang Melayu sejak dahulu lagi. Jika anda mahu negara ini maju ke hadapan dan mahu keadaan bola sepak untuk terus membangun, sila tukar mentaliti dan minda anda.
S: Menjunjung kasih atas masa yang Tunku luangkan. Ada apa-apa yang Tunku ingin tambah? Mungkin pesanan buat penyokong Tunku?
A: Kepada semua penyokong JDT di sini dan di luar negara, saya ingin menggesa anda semua usah melayan mereka yang mempunyai mentaliti rendah kerana saya juga mempunyai satu soalan untuk anda. Sejak transformasi JDT pada tahun 2013, anda semua telah dikutuk, dikritik dan diperkecilkan termasuk diri saya. Tetapi di mana kelab kita sekarang ini berbanding dengan semua kelab-kelab yang lain? Oleh itu, mengapa kita perlu melayan mereka. Biarkan mereka terus menyalak bukit, bukit tidak akan runtuh. Kami telah meletakkan Johor di mata dunia berdasarkan pencapaian, kejayaan dan infrastruktur bolasepak terbaik di tanahair. Allah SWT telah memberkati kewangan kelab kami. Ianya kelihatan seperti semakin teruk kami dikutuk, Allah SWT terus memberkati kami dan kebenaran akan menyebelahi kami. Marilah kita kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda kita sendiri dan jangan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang negatif.
S: Terima kasih Tunku
0 comments:
Post a Comment