facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Pelakon Syarul Ridzwan Akhirnya Buka Mulut, PANAS! - Cerita Sentap
loading...

Pelakon Syarul Ridzwan Akhirnya Buka Mulut, PANAS!

Nampaknya nama pelakon yang sedang meningkat naik Syarul Ridzwan menjadi perhatian gara-gara hubungannya dengan Mia Ahmad retak berpunca dari orang ketiga.

PANAS! Hubungan Syarul Ridzwan Dan Mia Ahmad Retak Angkara Mira Filzah? Kehadiran Mira Filzah dikatakan menjadi punca keretakan hubungan Syarul Ridzwan bersama Mia Ahmad. Syarul Ridzwan didakwa pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Mira Filzah sebelum bersama dengan Mia Ahmad. Mungkin tidak mahu mengeruhkan keadaan, pelakon Syarul Ridzwan akhirnya tampil membuka mulut mengenai isu ini.
“Saya harap penjelasan ini dapat memperbetulkan banyak gosip yang tidak benar. Saya tidak pernah mendedahkan bercinta dengan Mia atau mana-mana jua wanita sebelum ini. Saya berkawan baik dengan Mia sejak kami sama-sama berlakon drama Hati Perempuan”
“Dengan Mira juga saya berkawan. Jadi, macam mana boleh timbul gosip kononnya hubungan cinta dengan Mia putus disebabkan Mira? Apa yang saya nampak, ada pihak yang cuba memutarbelitkan keadaan dan mereka cerita yang tidak benar”
“Bagi saya ada pihak cuba mencetuskan pergaduhan antara dua wanita bertudung yang baik. Saya masuk dunia lakonan sebab ingin menjual bakat dan mencari rezeki, bukannya mahu membabitkan diri dalam banyak gosip atau publisiti murahan sebegini,” katanya kepada Mangga Online.
Selain itu, Syarul juga memberitahu bahawa ketika ini dia tidak terikat hubungan cinta dengan mana-mana wanita dan hanya akan mengumumkan wanita istimewa di hatinya apabila sudah tiba hari akad nikah nanti. Jadi, semua sudah pun dijelaskna oleh tuan empunya diri jadi lepas ni dah tak perlu lagi nak buat andaian bukan-bukan. Doakan baik-baik je kat mereka ni. Siapa pilihan hati Syarul Ridzwan? kita tunggu…

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment