Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17 itu turut ditanya mengenai imej baharunya. Nasha enggan mengulas lanjut, sebaliknya memilih untuk merendah diri.
"Kalau dulu saya terikat dengan komitmen sebagai peragawati dan berlakon tapi sekarang saya lebih bebas dalam memilih apa yang saya mahu," katanya.
Di akhir perbualan Nasha juga ditanya mengenai gosip dirinya dengan jejaka dari Asia Barat yang digambarkan masih muda dan kacak. Lelaki itu dikatakan intim dengannya.
"Jujurnya saya kurang pasti cerita itu merujuk kepada siapa sebenarnya bagaimana pun saya tak menafikan selalu berurusan dengan ramai orang atas urusan kerja. Malah mereka juga adalah kawan kawan saya," katanya.
0 comments:
Post a Comment