KUCHING : Diikat dengan tali pinggang dan dipaksa menelan beberapa biji pil menyebabkan mangsa berada dalam keadaan separuh sedar sebelum dir*gol berulang kali dari awal malam sampai pagi oleh lelaki yang tidak dikenali.
Lebih menjijikkan, lelaki tidak berperikemanusiaan itu turut memasukkan wang kertas RM20 ke dalam kemaluannya selepas puas melampiaskan nafsu sebelum meninggalkan mangsa.
Itu pengalaman ngeri dialami oleh seorang gadis jurujual berusia 21 tahun yang menjadi mangsa r*gol sepupu kepada rakan rumah sewanya di Taman Seng Goon, Padawan, di sini malam semalam.
Tragedi hitam menimpanya itu segera dilaporkan kepada polis dan suspek berusia 31 tahun merupakan penganggur akhirnya menerima padah apabila diberkas dan kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, mangsa yang bekerja sebagai jurujual menyedari ada lelaki tidak dikenali berada dalam rumah sewanya semasa pulang pada pukul 7 malam kelmarin.
Beliau berkata, mangsa kemudian mendapat tahu bahawa lelaki terbabit merupakan sepupu kepada seorang rakan yang menyewa rumah sama dengannya.
“Ketika berada dalam bilik bersendirian, suspek tiba-tiba menyerang mangsa dari belakang. Mangsa cuba melepaskan diri tetapi gagal sebelum tangannya diikat dengan tali pinggang dan dipaksa menelan beberapa biji pil.
“Dalam keadaan separuh sedar, suspek mengambil kesempatan merogol gadis malang itu beberapa kali sampai pagi dan sempat memasukkan wang kertas RM20 ke dalam kemaluannya sebelum meninggalkan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Dev Kumar, hasil laporan mangsa, sepasukan anggota dari JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak diketuai Asisten Superintenden Lee Chee Keat telah menjalankan siasatan dan berjaya memberkas suspek di rumah sewanya pada pukul 5.45 petang semalam.
Hasil tangkapan itu, katanya, polis turut menemukan sebilah pisau dan tali pinggang yang digunakan untuk mengikat mangsa semasa dir*gol.
Katanya, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai pekerjaan dan positif dadah jenis syabu.
“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 15 Januari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika disabitkan kesalahan, manakala mangsa yang masih trauma menerima rawatan di hospital,” katanya. -UTUSAN
0 comments:
Post a Comment