Assalamualaikum. Kisah di segamat,johor.dikurniakan 7 orang anak kesemuanya orang kurang upaya.sesudah kesulitan datang kesenangan.insya allah.syurga menanti mereka sekeluarga
Tabah jaga anak OKU
SEGAMAT 31 Dis. - Sepasang suami isteri di Kampung Batu Hampar, di sini tidak pernah kesal atau menyalahkan takdir apabila dikurniakan tujuh anak kurang upaya.
Malah, mereka turut menerima hakikat impian untuk mendengar panggilan ibu dan ayah daripada anak-anak berkenaan mungkin hanya tinggal harapan.
Ini kerana Nasaruddin Hassan, 68, dan Kalthom Momamad, 62, dikurniakan tujuh anak yang dilahirkan cacat iaitu terencat pembesaran serta tidak mampu bercakap seperti kanak-kanak lain.
“Walaupun dikurniakan zuriat yang tidak sempurna, namun kami menerima takdir ini dengan hati yang terbuka. Apa yang penting adalah menjalankan tanggungjawab membesar dan memberi kasih sayang kepada mereka kerana anak-anak adalah amanah Allah kepada kami.
“Apa yang paling membimbangkan kami adalah nasib mereka selepas ketiadaan kami nanti. Kami sering berdoa agar diberi kesihatan yang baik untuk terus menjaga mereka,” kata Nasaruddin dan isterinya yang menerima Anugerah Ibu Bapa Mithali peringkat kebangsaan sempena Hari orang kurang upaya (OKU) Sedunia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Nasaruddin, empat daripada tujuh anak mereka sudah meninggal dunia dan kini tiga orang iaitu Narizal, 44; Norila, 35 dan Ibrahim, 27, tidak mampu menguruskan diri sendiri dan perlu dibantu dalam semua hal.
Ketika ini ketiga-tiga anaknya itu mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 seorang dan dia pula hanya bergantung kepada wang pencen sebagai kakitangan Jabatan Pertanian untuk menyara keluarga kerana tidak boleh bekerja atau meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama.
Kalthom pula mengakui mereka tidak pernah berpeluang merasai nikmat pergi bercuti atau menjamu selera di luar seperti keluarga lain kerana anak-anak tidak boleh dibawa berjalan-jalan seperti kanak-kanak lain.
“Saya terpaksa bergilir-gilir dengan suami untuk keluar rumah seperti menghadiri kenduri atau majlis perkahwinan kerana anak-anak kami tidak boleh ditinggalkan sendirian di rumah dan mereka juga tidak suka dijaga oleh orang lain.
“Ketika mengandungkan mereka, saya tidak berasakan sebarang perubahan, semua anak kami cukup sifat, cuma terlalu kecil dan kepala mereka juga kecil serta mengalami masalah terbantut pembesaran yang masih belum kami ketahui puncanya” katanya.
- See more at: http://m.utusan.com.my/…/komu…/tabah-jaga-anak-oku-1.174949…
0 comments:
Post a Comment