facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
BILIK IPD KUALA TERENGGANU TERBAKAR - Masa Ada Siasatan Pasal JIBBY Ni La Nak Terbakar Pulak Bilik Tu, Macam Lebih Kurang Kes BILIK FAIL BUKIT AMAN Hari Tu Je .. Lantak Ko La JIBBY!! - Cerita Sentap
loading...

BILIK IPD KUALA TERENGGANU TERBAKAR - Masa Ada Siasatan Pasal JIBBY Ni La Nak Terbakar Pulak Bilik Tu, Macam Lebih Kurang Kes BILIK FAIL BUKIT AMAN Hari Tu Je .. Lantak Ko La JIBBY!!

balai_bakar_600

KUALA TERENGGANU: Sebuah bilik yang menempatkan fail dan dokumen lama di Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu terbakar malam tadi.
Kejadian pukul 10.15 malam itu memusnahkan hampir 80 peratus bilik tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata, kejadian disedari beberapa pegawai dan anggota yang sedang bertugas selepas mereka terhidu bau asap yang turut diikuti lampu di blok berkenaan terpadam.
“Bilik berkenaan sentiasa digunakan oleh anggota cawangan tersebut. Kebakaran dapat dikawal dengan pantas daripada merebak ke stor simpanan senjata yang terletak berhampiran bilik berkenaan,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, berikutan bekalan elektrik terputus, pihaknya turut memindahkan 58 Orang Kena Tuduh (OKT) termasuk tiga tahanan wanita ke Balai Polis Gong Badak.
Bilik yang terbakar itu terletak kira-kira 30 meter dari lokap IPD tersebut.
Idris berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas.
Sementara itu Komanden Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Izwan Hashim berkata apabila pihaknya tiba, api sedang marak di bilik berkenaan yang terletak di tingkat bawah daripada bangunan dua tingkat.
Punca kejadian dan masih disiasat, katanya.
BERNAMA

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment