facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Sayu : Status terakhir di fb undang rasa pilu .. dia maut kemalangan di malam tadi (10Gambar) - Cerita Sentap
loading...

Sayu : Status terakhir di fb undang rasa pilu .. dia maut kemalangan di malam tadi (10Gambar)

Kuala Selangor : Salah seorang yang maut dalam kemalangan ngeri malam tadi di Kuala Selangor jalan Tanjong Karang adalah Muhamad Aizuddin Rahmat 23 tahun yang berasal dari Johor berkerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

Status yang di kongsi di facebook semalam mengundang rasa sedih di kalangan rakan-rakan dan keluarga status itu di kongsi semalam sebelum beliau maut dalam kemalangan malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, lori 10 tan yang membawa muatan ayam dari arah Tanjong Karang menghala ke Kuala Selangor dipercayai melanggar bahagian kiri sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah bertentangan yang dinaiki lima pelajar kolej.







Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Roslan Abdullah berkata, mereka yang maut adalah Muhammad Aizuddin Rahmat, 23, Mohd Aliff Azmi, 27 dan Wan Azri Wan Kamaruzaman, 24, yang kesemuanya penumpang kereta itu.

Mereka yang cedera pula adalah pemandu, Mohamd Nor Afdzan Mohd Salman, 21, dan seorang lagi penumpang Mohd Zulazlan Zulhaidi, 25.

"Muhammad Aizuddin maut di tempat kejadian manakala Mohd Aliff dan Wan Azri meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang.

"Mereka yang parah juga masih dirawat di hospital yang sama," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, pemandu lori berkenaan dikatakan melarikan diri sejurus selepas kemalangan. 

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment