facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Rakyat Ambil Kisah - Selepas Letak JAWTAN, Ini KATA DUA Mukhriz Yang Buat PM Najib Kembali GELISAH !!! - Cerita Sentap
loading...

Rakyat Ambil Kisah - Selepas Letak JAWTAN, Ini KATA DUA Mukhriz Yang Buat PM Najib Kembali GELISAH !!!

Tak Lama Selepas Turun MB.. Ini KATA DUA Mukhriz Yang Buat PM Najib Kembali GELISAH !!! ambil berat wahai rakyatPada yang sama pula, blog pro-UMNO membayangkan yang Mukhriz akan dipecat dari UMNO tidak lama lagi....


Tak Lama Selepas Turun MB.. Ini KATA DUA Mukhriz Yang Buat PM Najib Kembali GELISAH !!! | Umno akan berada pada kedudukan paling lemah selagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai presiden dan tak mustahil BN akan kalah teruk pada PRU akan datang selagi PM Najib kekal, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata demikian dalam sidang media di Alor Setar bagi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah, selepas mendapat tekanan daripada Umno negeri itu.
“Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih ada, Umno akan berada pada titik yang paling lemah ketika ini,” katanya disambut tepukan daripada penyokongnya.

“Skandal demi skandal, kita tidak boleh terima semua ini. Ini sudah melampau. Ini trauma kita semua. Kita tidak boleh lagi merasa bangga apabila kita ke luar negara,” katanya.

Katanya, meskipun Umno memiliki tiga juta ahli, namun ia tidak bermakna apabila mereka tidak boleh bersuara terhadap presiden parti itu.

Tambahnya, ia dapat dilihat pada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas apabila parti itu menongkah tradisi dengan hanya membenarkan Najib untuk berucap kepada perwakilan.

Manakala timbalan dan naib presiden tidak dibenar berucap seperti kebiasaan.

“Malah amalan kebudak-budakan itu apabila dalam (ucapan) mukadimah pun tak disebut nama vip yang hadir termasuk Tun Mahathir, timbalan presiden, naib-naib presiden. Sampai macam tu sekali disekat. Jadi itu keadaan parti kita sekarang,” katanya.


AKIBAT YANG BAKAL DIPEROLEH DS MUKHRIZ SELEPAS INI

Susulan peletakan jawatan sebagai menteri besar Kedah, kini terdapat spekulasi bahawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga akan dipecat daripada Umno.

Meskipun perkara ini belum menjadi kenyataan – tetapi sekurang-kurangnya Mukhriz sudah mendapat simpati daripada portal Umno yang pro-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Mykmu.net.

Kemas-kini terbaru di blog itu berkata mereka yang menyokong Mukhriz tidak boleh terlalu bimbang mengenai masa depannya jika beliau disingkirkan dari Umno.

Sebagai anak Tun Dr Mahathir Mohamad, kata penulis yang tidak dinamakan itu, Mukhriz tidak sepatutnya mensia-siakan ‘aura’ yang diperoleh kerana ‘berbinkan’ Mahathir kerana tidak mustahil beliau akan menjadi presiden Umno dan perdana menteri suatu hari nanti.

“Lihat saja apa yang berlaku terhadap bapanya dulu. Mahathir dipecat dari Umno dan naik ke pentas PAS untuk berpolitik.

“Namun bapa Najib, Tun Razak kutip beliau, ‘timang’ dan gilap kebijaksanaan beliau berpolitik sehingga berjaya mendaki ke puncak tertinggi pentas politik negara.

“Jadi, usahlah terlalu gundah-gulana. Jika ditakdirkan Allah, mungkin juga Mukhriz baka ditakdirkan menjadi perdana menteri PAS yang pertama dalam sejarah negara.

“Tiada siapa yang tahu dan dapat meramal masa depan dengan tepat, bukan?” petik artikel itu.
Tradisi Umno Dan sekiranya Muhkriz dipecat, kata penulis, perlulah difahami bahawa proses itu adalah tindakan hukuman yang tradisinya diambil terhadap mereka yang melanggar disiplin dan amalan demokrasi yang diamalkan Umno.

Katanya, Umno adalah sebuah parti yang bagaikan sebuah keluarga yang sangat besar dan berpengaruh di negara ini.

Manakala Mukhriz pula adalah anggota ‘MT lantikan’ di dalam parti dan berpeluang untuk bermesyuarat bersama ‘ketua keluarga’.

“Najib pula merupakan seorang Presiden yang amat menghargai kritikan.

“Namun untuk mengkritik seorang ayah, maka lakukanlah di dalam rumah supaya perkara yang kusut itu dapat dirungkai tanpa menjejaskan reputasi keluarga yang dipandang tinggi orang kampung,” katanya lagi.

Selepas pergolakan politik Kedah selama hampir dua minggu, Mukhriz hari ini akur beliau telah kehilangan sokongan dan terpaksa melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

Beliau dilantik sebagai menteri besar selepas BN berjaya merampas semula Kedah daripada PAS pada pilihan raya umum yang lalu.

Bagi sebahagian besar pemerhati politik, Mukhriz adalah mangsa ‘perang’ berpanjangan di antara bapanya dengan Najib.

Walau bagaimanapun, Umno Kedah mendakwa ia bukan alasan penyingkiran itu tetapi dakwaan mereka Mukhriz gagal menyatukan parti dan tidak mempunyai strategi untuk membangunkan negeri itu. KREDIT MALAYSIA KINI.
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment