Gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi banyak pihak sekaaligus melemparkan kecaman terhadap Uqasha kerana mendedahkan aurat dan berpakaian seksi.
Memetik laporan mStar online, Iqram bagaimanapun enggan memberi sebarang komen tentang perkara itu dan meminta individu yang mendedahkan foto tersebut bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.
Baca:Uqasha Senrose buka tudung dan seksi ketika bercuti di Thailand
“Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama.
“Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain.
“Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga,” ujarnya.
Tambah Iqram, dia berharap perkara tersebut tidak terus diperbesarkan kerana ia merupakan hak dan privasi buat dirinya.
Gosip percintaan antara Iqram dan Uqasha tersebar sejak pertengahan tahun lalu, namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut.
Uqasha sebelum ini pernah bertunang dengan Pekin Ibrahim namun hubungan itu putus dan selepas itu dikatakan menjalinkan cinta separuh jalan dengan Syafiq Kyle.
Sumber: penhijaudaun
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment