facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
SUSULAN NAHAS HELIKOPTER DI SARAWAK - Rakan SHAZWAN Terima BUNGKUSAN Yang Tak Disangka Pada Hari Kematian Dia - Cerita Sentap
loading...

SUSULAN NAHAS HELIKOPTER DI SARAWAK - Rakan SHAZWAN Terima BUNGKUSAN Yang Tak Disangka Pada Hari Kematian Dia



Ia hari menyedihkan bagi Mohd Shazwan Kamaluddin apabila melihat jenazah rakannya sejak kecil, Konstabel Ahmad Sobri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Mek di Kuala Nerus, awal pagi Ahad.


Lebih sebak apabila Mohd Shazwan menerima satu bungkusan kira-kira pukul 5.05 petang pada hari yang sama dari Ahmad Sobri yang dikirim kepadanya sehari sebelum rakannya itu menaiki helikopter malang tersebut.


“Apabila saya menerima bungkusan tersebut dengan nama rakan saya sebagai pengirim, lutut saya jadi lemah dan saya hampir pitam.


“Saya kemudian teringat ini adalah bungkusan yang dikirim rakan saya itu dari Sarawak sebagai hadiah kepada saya dan juga ibu bapa saya yang dimaklumkannya menerusi panggilan telefon pada Rabu.


“Saya tidak berdaya untuk membuka bungkusan itu dan menyerahkannya kepada ibu bapa Ahmad Sobri. Biarlah mereka yang pertama membuka dan menerima hadiah tersebut daripada arwah anak mereka,” kata Mohd Shazwan yang juga jiran Ahmad Sobri di Kampung Bukit Chempaka, Batu Rakit di sini.

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment