facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - Cerita Sentap
loading...

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Untuk makluman semua calon bahagian dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik dibahagikan kepada empat seksyen. Perlu diingatkan calon wajib menjawab kesemua sekyen yang disertakan. Tiada pilihan.
  • Seksyen A – Pengetahuan AM
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  • Seksyen C – Soalan Esei Bahasa Melayu(tiada lagi untuk exam tahun 2016)
  • Seksyen D – Soalan Esei Bahasa Inggeris(tiada lagi untuk exam tahun 2016)
Seksyen A – Pengetahuan AM 
Soalan dibahagian ini mempunyai 50 soalan dan masa yang diberikan kepada calon adalah 45 minit. Soalan peperiksaan adalah lebih menjurus kepada isu semasa yang berlaku di persekitaran seperti pentadbiran, ekonomi, teknologi maklumat dan juga sosial. Soalan yang dikemukakan adalah sesuai dengan taraf pendidikan calon di peringkat ijazah. Calon yang banyak membaca mempunyai kelebihan.
contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik
Contoh soalan bahagian pengetahuan am
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
Calon perlu menjawab 40 soalan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan selama 45 minit. Calon dikehendaki menyelesaikan masalah dengan menggunakan beberapa kaedah.
    • Kemahiran logik
contoh soalan PTD M41
Contoh soalan : kemahiran logik
    • Kaedah Matematik
contoh soalan kaedah matematik
Contoh soalan: Kaedah Matematik
    • Kaedah Menginterpretasikan Data
soalan menginterpretasikan data
Contoh: Menginterpretasikan Data
Seksyen C – Soalan Esei Bahasa Melayu
Masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan soalan berbentuk karangan dalam bahasa melayu ialah 1 jam. Calon akan diberikan tiga soalan dan perlu memilih salah satu diantaranya. Panjang karangan tiada had.
Kebiasaannya calon akan diminta memberikan pandangan ataupun pendapat terhadap sesuatu masalah yang diberikan. Contohnya ialah “Bagaimanakah pelaksanaan GST pada tahun 2015 memberi kesan kepada kemajuan ekonomi negara”.
Penilaian akan dibuat berdasarkan pandangan dan pendapat calon yang munasabah, teratur dan senang difahami. Secara ringkasnya penilaian ini dibuat untuk mengukur kebolehan penguasaan calon dalam bahasa melayu.
Gambar dan contoh soalan di atas merupakan sebahagian daripada gambaran contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD M41). Semoga dengan perkongsian ringkas dari saya ini dapat memberi sedikit gambaran mengenai format peperiksaan online PTD.
Seksyen D – Soalan Esei Bahasa Inggeris
Sebagaimana soalan peperiksaan esei bahasa melayu, masa yang diperuntukkan pada bahagian ini adalah 1 jam. Calon perlu memilih dan menjawab satu soalan daripada tiga soalan yang dikemukakan.
Penilaian di dalam seksyen ini ialah untuk mengukur penguasaan bahasa inggeris calon memberikan pandangan terhadap sesuatu isu yang dikemukakan.
UPDATE TERKINI: Format terbaru peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Tahun 2016.
Peperiksaan akan diadakan pada hari selasa 19 Januari 2016 mulai 08:00 MLM – 09:40 MLM. Format peperiksaan dibahagikan kepada tiga seksyen:
  • Seksyen A – Pengetahuan AM.
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
  • Seksyen C – Ujian Psikometric.

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment