facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
Trend Kahwin Zaman Sekarang Yang Buat Ramai Orang Meluat.. Ini Antara Contohnya.. - Cerita Sentap
loading...

Trend Kahwin Zaman Sekarang Yang Buat Ramai Orang Meluat.. Ini Antara Contohnya..

“Apa Trend Kahwin Muda Sekarang Yang Buat Aku Meluat.?

post-feature-image

Trend kahwin muda sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita. Malah, ada yang berumur 15 tahun sudah berkahwin. Ia sangat bagus di sisi agama kerana dapat menghindarkan diri daripada maksiat.

Tapi yang tidak beberapa bagus apabila sibuk hendak menunjukkan kebahagiaan diri sendiri kepada orang ramai terutama di media sosial. Tidak salah tapi jangan berlebihan takut nanti ada yang meluat. 

Berikut salah satu pengakuan yang dipetik dari IIUM Confession di mana dia menjelaskan antara trend kahwin muda yang paling meluat dilihat di media sosial. Jom baca kisah selanjutnya.

Assalamualaikum, hello everyone. Okay aku straight to the point je, aku nak tegur pasangan yang ada criteria kat bawah.

Apa trend kawen muda sekarang yg buat aku meluat?

1) Trend gila post gambar sweet kat laman sosial, menayang pasangan dengan pose2 yang bagi engko takpe orang lain tengok, kan dah halal. Gambar paling bodoh aku pernah tertengok setakat ni yang atas katil. Itu retis sendu, korang pun tau kot sebab pernah viral. Kalau video “sweet” pulak, pasangan berpurdah berkopiah main dukung2 sampai terjatuh terhimpap. Aku tengok sampai situ je, tak sanggup teruskan. Tak termotivasi pun nengok video ghuper itu dan aku tertanya siapa yang hati kering tolong recordkan.

2) Trend gila update pasal marriage life korang setiap hari, setiap masa, setiap saat. Semalam masak mee goreng. Harini shuben belikan hadiah magnet peti sejuk. Esok dating kat pasar malam. Tulat zauji jadi imam subuh baca surah al ikhlas, alhamdulillaaaahhhhhhhh.

3) Trend gila buat video kelakar (masalahnyer kelakar ke?) dengan pasangan. Isteri buat suara manja, buat muka comel nak menjiwai watak kononnyer. Suami sendiri yg upload bagi satu dunia tengok, share, komen. yer, dia isteri engko sorang. Tapi semua dah dengar suara merengek dia, semua dah tengok muka comel dia merajuk, yang sepatutnya hak exclusive engko sorang yang bayar maskawen dia, tanggung dosa dia. Tak ker rugi yeop?

4) Trend gila bersembang mesra kat ruang komen @ whatsapp group. eh engko kalau cakap berdua je dengan dia, nak bahasakan diri teddy bear ke, pola bear ke, panda ke, bobo ke, baby ke, fetus ke, embryo ke, memang engko rasa sweet. Tapi kalau kat komen, muntah hijau orang baca. Dalam group whatsapp yg ada manusia lain tu, tak payahlah engko nak menjiwang, mesej terus kat dia, itu pun nak kena ajar ke?

5) Trend gila upload conversation. Dah mesej privately dah elok dah, tak puas hati jugak tu nak jugak orang lain nengok kebahagiaan dia. Screenshot berkeping2 pastu post.. lihatlah dunia!

Aku pun kawen muda, aku pun baru merasa keluar dating dengan suami, dan aku mengakulah aku jakun. aku pun ada laman sosial, suami aku pun romantik nak mampos dengan aku, conversation kitorang pun sweet gila bersemut dalam phone. banyak jer benda best2 aku buat untuk dia, banyak jer surprise dia buat untuk aku. 

Berlambak gambar berpeluk kitorang dalam phone, gambar pergi travel sana-sini dengan suami. bersepah video aku record untuk kenangan aku dengan dia. Aku pun macam korang, pengkawen muda yang tengah menikmati seronoknya kawen. Tapi please, jangan buat sekeliling menyampah dengan over excited tu.

Aku tak cakap jangan post langsung anything related to your marriage life, boleh silakan. Tapi berpadalah. Pilihlah gambar yang sesuai. Waktu yang sesuai. Kekerapan yang sesuai. Contohnya nak buat appreciation untuk pasangan sebab anniversary. Kalau engko setakat rindu kat dia pegi outstation, toksah guna fb nak meluah perasaan.

Bagi aku satu je, trend ni semua jadi sebab dah takde rasa segan dalam diri. pasangan (terutama suami) tak main peranan, sepatutnya engko simpan isteri, tapi engko pulak yang galak mendedahkan isteri.

Sebagai perempuan, dan seorang isteri, aku nasihatkan korang jangan selalu post selfie, buat mimik muka comel, menggoda, kang kena edit letak dildo macam miro felzoh tu baru tau padan muka. mahalkan sikit diri tu, kalau dah tahu dalam friendlist ada lelaki, post gambar tu semenggah lah sikit. 

Tapi trend sekarang orang memang tak reti manggakan laman sosial ek? jadi sepelosok dunia boleh tengok free of charge. Yang suami pun, tak rasa pape ke bila lelaki lain komen gambar isteri engko? Boleh stalk hak engko? Paling menakutkan boleh save gambar duckface bini engko untuk tengok tiap malam sebelum tido? serrreeemmm

Korang kena ingat satu benda, aurat bukan dari segi pakaian je. tapi posing meliuk lentok, selfie cium pipi, walaupun suami isteri, aurat jugak. yang bujang2 Ni nengok kemesraan korang tu, terseksa jiwa batin, siapa nak nanggung?

Aku rasa aku layak tegur, sebab aku pun pengkawen muda macam korang. yelah, kalau tak wear your shoes, nanti cakap aku tak faham situasi so tak boleh bagi pendapat. Sudoh lah nunjuk sangat cerita dalam kain yang best tu, esok lusa bercerai, pasangan curang, mula lah dinding fb tu penuh dengan post2 sedih, delete gambar sawit-sawit yang beribu keping tu, tukar status relationship sekali. Terselaklah aib sendiri, conversation gaduh2 pun nak upload. 

Sebab apa? sebab dah biasa share pasal marriage life. please lah, jangan sampai jadi tahap ni. Nauzubillahimindzalik. kalau bercerai sekalipun toksah lah bukak aib pasangan. toksah terbuka sangat pasal hal peribadi ni wahai pengkawen muda.

Yang manis kita nikmati berdua, yang pahit pun kita telan berdua. lebih indah, selamat dan terhindar dari fitnah. Tak gitu??

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment