IMAM MASJID DEDAHKAN KEJADIAN ANEH JENAZAH JUTAWAN POPULAR SHAH ALAM BERTUKAR MENJADI KHINZIR !!!
Imam Masjid Dedahkan Kejadian ANEH Jenazah Jutawan Popular Shah Alam Bertukar menjadi Khinzir !!! |
suatu ketika dahulu umat Islam sangat mudah untuk percaya dengan
kisah-kisah mistik dari ‘penceramah agama’ tanpa memikir lebih mendalam
atau disoal siasat terlebih dahulu. Agama islam bukan agama mistik. tapi
benda2 mistik la yg melayu sangat suka dengar. Seperti kisah dongeng
(urban legend) jutawan Shah Alam yang bertukar menjadi babi hutan lalu
ditanam dibelakang rumahnya sendiri oleh seorang ustaz tu… bila ditanya
balik ada tak ustaz lapor polis sebelum tanam mayat beliau? ada surat
mati atau tidak, ada tak anak-anak arwah lapor polis untuk daptkan surat
mati bagi proses tuntutan pusaka & faraid? ada laporan orang hilang
tak? sedangkan yg mati tu JUTAWAN? bila ditanya semula ustaz tu buat
tidak tahu jer .. nampak sgt di malaysia ni bertebaran jenis ‘ustaz
jadian’ seperti cendawan tumbuh selepas hujan demi menyedapkan konteks
ceramah . Baca cerita ustaz yang tidak bertanggungjawab tu di bawah.
Gempar. Mayat seorang ahli perniagaan berasal dari Shah ALam, telah
bertukar rupa menjadi bangkai seekor khinzir selepas beberapa jam
meninggal dunia. Imam muda Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (
Masjid Negeri ), di sini, Ustaz Kamal Ashaari, 28, yang mengesahkan
kejadian aneh dan pelik itu berkata ia disaksikannya sendiri pada tahun
lalu.
“Pada hari itu kira-kira jam 3:00 pagi, saya menerima panggilan telefon
daripada seorang lelaki meminta pertolongan untuk mengusruskan mayat
jenazah ahli perniagaan di Shah Alam. Oleh kerana jarak yang boleh
dikatakan jauh ( hampir 30 kilometer), saya bertanya kepada lelaki
berkenaan, tidak adakah orang lain yang lebih dekat yg boleh
menguruskannya mayat arwah?” Lelaki itu , kata Kamal bagaimanapun
memintanya datang jua ke kediaman ahli perniagaan itu yg terletak di
kawasan perumahan elit dgn seberapa segera. “Oleh kerana dia mendesak,
saya pun bergegas datang ke rumah lelaki itu seorang diri dengan menaiki
van masjid. Saya sampai di sana kira-kira setengah jam kemudian,”
Menurut Kamal , di sini, minggu lalu, dia disambut oleh seorang lelaki
tua yang pada mulanya disangkakan ayah simati. “Lelaki itu menjelaskan
kpd saya dia hanya tukang kebun. Apabila saya masuk ke dalam rumah, ada
pula seorang wanita tua tukang masak. Hanya mereka berdua yg ada di
dalam rumah itu pada masa itu,” katanya.
Melihat keadaan demikian kata Kamal, dia bertanya kpd pasangan tersebut
ke mana menghilangnya anggota keluarga simati. “Saya diberitahu
anak-anak simati telah pun pulang ke rumah masing-masing menjelang waktu
maghrib sebelumnya. Mereka memberi alasan tidak boleh menunggu di situ
kerana hendak bekerja keesokan harinya, ujar imam muda itu.
“Saya pun tidak mahu soal panjang lagi tapi andaian saya, keluarga ini
bolehlah dianggap sebuah keluarga yang porak-peranda jika begitu sikap
anak-anak si mati pada hari kematian ayah mereka,” tambahnya. Dia yang
berpengalaman lebih tiga tahun dalam bidang pengurusan jenazah sejak
menuntut di University Al-Azhar, Mesir, beberapa tahun lalu meminta izin
untuk melihat mayat berkenaan.
“Saya dibawa ke ruang tengah banglo mewah itu. Di sana saya dibawa
melihat mayat seorang lelaki berusia lengkungan 50-an yg tubuhnya agak
sasa terbujur kaku tanpa sehelai kain pun menutup tubuhnya. Saya meminta
kain kepada lelaki tukang kebun dan kain itulah yg saya gunakan untuk
menutup mayat. Saya sendiri merasa hairan kenapa mereka membiarkan tubuh
si mati terbuka sedangkan dia seorang yg kaya raya. “Takkan kain nak
tutup mayat pun tidak ada,” katanya.
Selang beberapa minit kemudian, kata Kamal dia pun mula membaca kitab
suci Al-Quran di sisi mayat tersebut sementara menunggu masuk waktu
Subuh. “Saya terpaksa tunggu waktu Subuh dengan harapan hendak
mendapatkan bantuan daripada jemaah sebuah masjid yang berhampiran.”
“Ini kerana dengan tubuh mayat yang agak berisi, saya tak yakin mampu
menguruskannya seorang diri,” ujarnya.
Bagaimana pun kata imam itu pada masa dia sedang bersiap-siap hendak
keluar ke masjid, suatu kejadian aneh yang cukup mengejutkan telah
berlaku. “Saya ternampak seolah-olah ada benda sedang bergerak di bawah
kain yg menutupi mayat itu. Namun untuk terus membukanya, saya tidak
berani, ujarnya.
Selang kira-kira empat minit kemudian iaitu apabila pergerakan di bawah
kain itu berhenti, dia pun memberanikan dirinya membuka kain tersebut.
“Alangkah terkejutnya saya apabila yang saya lihat di bawah kain itu
bukan lagi mayat lelaki tersebut tetapi bangkai seekor khinzir(babi)
hutan yang saya percaya telah bertukar rupa dengan takdir Allah,”
katanya.
Melihat kejadian pelik itu, kata Kamal dia menjadi gementar dan lututnya
terasa begitu lemah. “Saya lantas memanggil lelaki tukang kebun dan
memberitahunya kejadian tersebut. Saya juga bertanya kepadanya perihal
sikap dan tindak tanduk majikannya itu yang mungkin boleh dijadikan
andaian sebagai punca kejadian itu,” katanya.
Menurut Kamal, lelaki itu kemudian menceritakan kepadanya bahawa tokoh
korporat itu semasa hayatnya bukan saja tidak pernah ke masjid atau pun
bercampur gaul dengan jemaah ‘rumah Allah’ itu malahan bersikap anti
kepada sebarang kegiatan yang bercorak agama.
“Ini semua kuasa Allah tapi saya andaikan itu mungkin salah satu sebab
yang menjadi punca mayatnya bertukar rupa menjadi khinzir,” katanya
lagi. Menyambung ceritanya, imam muda itu berkata oleh kerana
keseluruhan tubuh badan lelaki itu telah bertukar menjadi khinzir, maka
dia pun mambatalkan hasratnya untuk menyempurnakan mayat itu sebagaimana
yang biasa dilakukan terhadap manusia.
“Nak mandi dan kafankan macam mana lagi kalau seratus peratus tubuh
mayat itu berupa khinzir, yang termasuk dalam najis mughalazah (najis
berat). Nak pegang pun tak boleh…,” tegasnya. Kalau setakat separuh
manusia, separuh haiwan boleh saya usahakan lagi menyempurnakan setakat
mana yang patut,” tambahnya.
Oleh yang demikian, kata Kamal dia bersama-sama tukang kebun itu
kemudian menyeret bangkai khinzir itu yang berlapikkan tikar ke belakang
rumah. “Di sana, kami gali lubang dan tanam bangkai itu sebagaimana
yang biasa dilakukan orang terhadap bangkai binatang,” ujarnya. ( Petikan: Mingguan Warta Perdana )
Perhatikan
suatu ketika dahulu umat Islam mudah sangat percaya dengan kisah2
mistik dari ‘penceramah agama’ tanpa dipersoalkan atau disoal siasat
terlebih dahulu. Agama islam bukan agama mistik. tapi benda2 mistik la
yg melayu suka dengar. Spt kisah dongeng (urban legend) jutawan
damansara bertukar menjadi babi hutan lalu ditanam dibelakang rumahnya
oleh seorang ustaz tu… bila ditanya balik ada tak ustaz lapor polis
sebelum tanam? ada surat mati ke tidak, ada tak anak2 lapor polis utk
dptkan surat mati utk proses tuntutan pusaka & faraid? ada laporan
orang hilang tak? sedangkan yg mati tu JUTAWAN. bila ditanya ustaz tu
buat derk jer .. nampak sgt di malaysia ni bertebaran ramai jenis ‘ustaz
jadian’ jaja cerita utk penyedap isi ceramah.
0 comments:
Post a Comment