facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
TERLEBIH BIJAK!! Doktor Ini "KAYA TAPI MISKIN" - Cerita Sentap
loading...

TERLEBIH BIJAK!! Doktor Ini "KAYA TAPI MISKIN"


Kisah seorang doktor kaya tapi miskin.

Gaji doktor ini rm25,000 sebulan. Pada jangkaan kita dia hidup sangat selesa dan bahagia.

Hakikatnya dia sangat merana kerana menanggung hutang yang banyak. Menanggung hutang adalah satu beban di dunia.

AKPK malam tadi mendedahkan yang hutang kad kredit doktor ini rm800,000. Bayaran minima (5%) ialah rm40,000 sebulan.

Pakai semua duit gaji setiap bulan pun masih ada tertunggak rm15,000 sebulan bayaran minima kad kredit.

Jika kita berhutang rm10,000 kad kredit dan bayar hanya minima 5% setiap bulan, ambil masa 89 bulan untuk bayar habis.

Ini hutang kredit kad Rm800,000! Mati hidup semula pun belum tentu habis bayar macam ni jika bayar minima setiap bulan.

Gaji besar, hutang lagi besar ! Miskin dan tidak mampu.

Doktor ini mempunyai 1 rumah, 1 kondo dan 2 kereta mewah.

Nasihat AKPK : Jual rumah dan kereta settle masalah. Doktor tidak mahu jual kerana malu dan takut nanti apa kata orang. Hidup untuk puaskan mata orang lain.

Hutang kerana hidup mewah yang berlebihan.
Pada satu masa kita hanya boleh pandu 1 kereta, kenapa kena ada 2? Pada satu malam kita hanya tidur di satu rumah, kenapa ada 2 rumah ? ( dan tidak disewakan).

Punca hutang besar ini ialah doktor ini ( juga sebahagian besar dari kita) beranggapan kerana telah belajar dengan susah payah berpuluh tahun hingga jadi doktor, maka dia boleh berbelanja apa sahaja yang dia mahu apabila bekerja.

Kawal belanja kita sebelum jadi seperti kisah ini.

Cegah adalah lebih baik dari mengubati. Tambahkan ilmu kewangan. Beli dan baca buku berkenaan pengurusan kewangan.

Amalkan perancangan kewangan. Hapuskan hutang, buat simpanan dan melabur.

Share jika bermanfaat.

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment