facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
(Video) Tatapan Terakhir Almarhum Abdul Jalil Buat Rakyat Sebak dan Rindukannya - Cerita Sentap
loading...

(Video) Tatapan Terakhir Almarhum Abdul Jalil Buat Rakyat Sebak dan Rindukannya

(Video) Tatapan Terakhir Almarhum Abdul Jalil Buat Rakyat Sebak dan Rindukannya |Kemangkatan putera ke-4 Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar & Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah iaitu Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yg berjiwa rakyat serta disayangi ramai nyata masih dirasai seluruh rakyat negara ini, khususnya rakyat Johor. Sebelum anda membaca habis artikel ini dan menonton video terakhir Almarhum Tunku Jalil marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan seluruh umat islam.
Sejak kemangkatan Almarhum pada Sabtu lalu akibat kanser hati, laman sosial terus dibanjiri dengan ucapan takziah dan rata-rata rakyat negara ini berduka atas kehilangan permata berharga itu.
Ucapan takziah terus disampaikan kepada seluruh kerabat diraja Johor termasuk daripada individu yang rapat dengan Almarhum.
Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook rasmi baginda memuat naik sebuah rakaman video Almarhum ketika sedang ditemubual.
Ternyata, video tersebut mengundang rasa pilu, selain menambah kerinduan dalam kalangan rakyat negara ini kepada Almarhum Tunku Laksamana Johor.
Apa yang menyentuh hati pengguna media sosial adalah kata-kata dan ucapan Almarhum yang mdnzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat atas doa yang disampaikan.
“Bila ada sokongan daripada rakyat, mendoakan kita… Saya baca setiap post yang dihantar, tapi tak boleh nak balas setiap satu sebab banyak…
“(Ucapan) Memberi saya banyak sangat semangat. Dan kalau ada peluang, saya nak sangat berterima kasih  betul-betul kepada sorang-sorang (rakyat),” Katanya
Sehingga kini, video yang dimuat naik lima jam lalu ditonton lebih 6481,704 pengguna Facebook.

Rata-rata pengguna Facebook terus mendoakan kesejahteraan Almaryum.

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment